CONTENT | HIGHLIGHT | LIST OF COLLABORATORS | SUMMARY OF RESEARCH WORK | SUMMARY OF EXPERTISE DEVELOPMENT | MAKNA-HUKM | MAKNA-UPM-HUSM | MAKNA-AMDI, USM | MAKNA-NCR | MAKNA-FKSB, UKM | MAKNA-MMDR, IMR | MAKNA-MATCH, UPM | MAKNA-FSMT, UPM | MAKNA-PPIK, USM | MAKNA-FSPK,UPM | MAKNA-FOM, UM | MAKNA-CRP, USM | MAKNA-HKL | MAKNA'S INAUGURAL SCIENTIFIC GATHERING '06 | APPENDIX | HOME
 

Collaboration MAKNA-FKSB, UKM

Project Title DIET DAN KANSER

Principal Researcher Prof. Dr. Hjh. Fatimah Arshad
Team Members

Prof Madya Dr. Suzana Shahar

Prof Madya Dr. Ruzita Abd. Talib

Amount Allocated RM 50,000.00
Project Duration September 2003 hingga Jun 2006
   

Fasa I : Keberkesanan Pakej Pendidikan Diet Untuk Golongan Yang Berisiko   Tinggi Menghidap Kanser.

 

Kajian intervensi keberkesanan pakej pendidikan diet di kalangan subjek yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser telah dijalankan kepada 26 orang subjek (19 perempuan, 10 lelaki). Daripada kajian, didapati bahawa min IJT bagi subjek perempuan adalah 25.991.72 kgm-2  sementara min IJT subjek lelaki adalah 23.201.70 kgm-2.  Terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) pada tahap pengetahuan pemakanan sebelum dan selepas pemberian pakej pendidikan dengan min sebanyak 49.872.86% pada sebelumnya dan min sebanyak 92.051.57% selepas pemberian pakej pendidikan. Bagi amalan membuang kulit ayam, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara sebelum dan selepas pemberian pakej pendidikan pada kekerapan selalu sebanyak 46.2% (sebelum) dan 84.4% (selepas) manakala kekerapan kadang-kadang sebanyak 30.8% (sebelum) dan 11.5% (selepas).

 

Amalan membuang lemak daging dengan kekerapan selalu juga telah meningkat dari 65.4% (sebelum) kepada 80.8% (selepas) peberian pakej pendidikan. Amalan pengambilan buah-buahan juga telah menunjukkan peningkatan bagi pengambilan setiap hari dari 26.9% (sebelum) kepada 50.0% (selepas), 6 kali seminggu dari 3.8% (sebelum) kepada 23.1% (selepas) dan pengambilan 5 kali seminggu dari 7.7% (sebelum) kepada 11.5% (selepas). Pemilihan snek utama juga telah menunjukkan perbezaan dalam peratusan tertinggi di anatara sebelum dan selepas pemberian pakej pendidikan. 26% subjek telah memilih makanan berat sebagai snek utama tetapi selepas pemberian pakej, pilihan ini telah berubah kepada buah-buahan iaitu sebanyak 38.5%. Selepas pemberian pakej pendidikan juga didapati terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi penggunaan minyak masak iaitu sebanyak 46.2% menggunakan 2 sudu minyak masak kepada 100% subjek yang menggunakan 2 sudu minyak masak selepas pemberian pakej pendidikan. Secara keseluruhannya, pakej pendidikan diet yang diberikan kepada golongan berisiko tinggi menghidap kanser telah meningkatkan tahap pengetahuan pemakanan dan merubah amalan pemakanan mereka.

 

Fasa II : Pembentukan Dan Penilaian Media Pendidikan Pemakanan Untuk Mencegah Kanser.

 

Objektif kajian ini adalah untuk membentuk dan menilai penerimaan masyarakat terhadap bahan pendidikan pemakanan dalam bentuk multimedia. Satu cakera padat yang bertajuk  "Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat untuk Mencegah Kanser" telah disediakan khusus untuk kajian ini dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa tinjauan dan perancangan, fasa pembentukan dan fasa penilaian media pendidikan yang telah disediakan. Seramai tiga puluh tujuh (n=37) orang subjek yang mempunyai latar belakang dalam pendidikan pemakanan dan yang sebaliknya serta subjek yang mempunyai sejarah kanser di kalangan ahli keluarga mereka telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Cakera padat diedarkan kepada semua subjek dan mereka diberi tempoh selama satu minggu untuk memahami dan menilai bahan pendidikan pemakanan tersebut. Terdapat dua set borang soal selidik yang diberikan kepada semua subjek di mana salah satu daripadanya mengandungi soalan tentang data demografik, latar belakang sosio-ekonomi, sejarah kanser dan 20 soalan tentang pengetahuan pemakanan diberikan sebelum menerima cakera padat dan satu set borang soal selidik yang lain diberikan bersama-sama cakera padat tersebut. Borang soal selidik kali ini adalah bertujuan untuk menguji tentang pengetahuan pemakanan dan menilai penerimaan subjek terhadap isi kandungan, ilustrasi dan grafik cakera padat tersebut. Skor pengetahuan subjek telah meningkat dengan signifikan (p<0.05) selepas menerima bahan pendidikan pemakanan (847%) berbanding sebelum menerima bahan pendidikan pemakanan (63 20%). Taraf pendidikan subjek menunjukkan korelasi yang positif dengan skor pengetahuan pemakanan (r=0.546,p<0.05). Secara keseluruhannya, semua subjek menerima baik isi kandungan, ilustrasi dan grafik cakera padat yang disediakan. Kesimpulannya, media pendidikan pemakanan yang baik telah dibuat dalam kajian ini dan mungkin boleh digunakan pada masa akan datang.

 

Fasa III : Kajian Retrospektif Kes-Kawalan Kaitan Antara Pengambilan Lemak Diet, Antioksidan, Karsinogen Dan Serat Dengan Kejadian Penyakit Kanser.

 

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti komponen diet di Malaysia yang berkemungkinan menyebabkan kanser. Satu kajian kes-kawalan telah dijalankan untuk menilai kaitan diet dan kanser. Sebanyak 250 kes kanser yang baru didiagnos di wad Radioterapi dan Onkologi di Hospital Kuala Lumpur telah dipilih. Kriteria yang dipilih ialah ciri kognitif yang baik, lelaki, perempuan dari semua bangsa di Kuala Lumpur. 250 subjek kawalan telah dipilih termasuk individu dari wad Ortopedik, Obstetrik dan Ginekologi, penghuni taman Bandar Kinrara dan pesakit luar Klinik Kesihatan Petaling. Subjek kawalan adalah mereka yang tidka pernah didiagnos kanser atau penyakit kronik. Mereka ditemubual di dalam bentuk soalan menganai sejarah penyakit. Mereka dipadankan mengikut umur, jantina dan bangsa. Pengambilan diet harian dilakukan menggunakan kaedah sehari yang biasa. Sejarah diet dan kekerapan pengambilan makanan retrospektif bermakna pengambilan sebelum didiagnos kanser dan selama mana pesakit boleh ingat kembali (anggaran 1-5 tahun). Soal selidik kekerapan pengambilan (FFQ) ke atas makanan tinggi lemak, antioksidan, karsinogen dan serat juga ditanya. Aspek lain seperti gaya hidup, merokok, minum arak diambil kira. Data antropometri seperti berat, tinggi, nisbah pinggang pinggul dan peratus lemak tubuh diambil. Hasil menunjukkan bahawa berat badan, indeks jisim tubuh, nisbah pinggang pinggul pesakit adalah rendah berbanding kawalan. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit itu sendiri. Faktor sejarah keluarga, merokok dan alkohol adalah signifikan (p<0.01).

 

Min pengambilan tenaga, jumlah lemak dan jenis lemak adalah lebih tinggi di kalangan pengidap barah payudara (p<0.01). Pengambilan belacan, ikan masin adalah lebih tinggi di kalangan kes berbanding kawalan. Terdapat korelasi positif di antara beta-karoten dan selenium dengan barah ginekologi sahaja. Pengambilan belacan adalah lebih tinggi di kalangan kes berbanding kawalan. Sebagai rumusan sejarah keluarga, merokok, alkoho adalah faktor risiko barah yang sangat penting. Pengambilan lemak yang tinggi, lemak tepu yang tinggi, pengambilan belacan dan makanan masin serta jeruk ada hubungan positif terhadap kanser. Pengambilan serat di kalangan kes adalah lebih rendah 10.25 g/hari berbanding dengan kawalan (p<0.05) dengan bacaan OR 2:2. Pengambilan antioksidan adalah lebih reandah di kalangan kes untuk vitamin A, β-karoten, vitamin C dan E berbanding dengan kawalan (p<0.05. Kajian yang lebih mendalam ke atas paras antioksidan dalam darah, peroksidasi lemak dan karsinogen perlu dilakukan.

     
Please CLICK HERE to download Prof. Dr. Hjh. Fatimah Arshad's Presentation (PDF Format)
 

Previous  Next