Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Nutrition & Cancer Makna Logo
About Makna

LIFE GOES ON - Irene

Ditulis oleh Iris

Saya telah membaca banyak kes mengenai mereka yang mengidap kanser. Namun tidak terlintas difikiran saya bahawa ia akan terjadi di kalangan ahli keluarga saya sendiri.

Ibu saya merupakan salah seorang mangsa yang dimaksudkan. Beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mengalami sakit gastrik di perutnya lebih enam bulan yang lalu (akhir 2007). Doktor yang merawat memberi ubat gastrik tetapi ibu saya bertegas bahawa beliau tidak pernah mempunyai sejarah penyakit gastric. Beliau tidak pernah membiarkan perutnya lapar. Kesakitan yang masih dialami memaksa beliau mendapat rawatan di Hospital Besar. Walaupun telah mendapat rawatan, sakit perut yang dialami masih berterusan. Beliau kemudian dirujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan endoskopi.

Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat ulser yang mengandungi sel-sel kanser yang agresif sepanjang 2 cm dalam perut beliau. Pakar bedah yang berkenaan ingin melakukan endoskopi yang kedua sebelum membuat pembedahan.

Tempoh masa seterusnya amat mengelirukan kami. Semuanya berlaku dengan begitu pantas, kerana pembedahan perlu dilakukan dengan segera. Kes ibu saya diketuai Dr. Ramesh, seorang doktor yang sangat baik hati serta prihatin. Beliau merupakan seorang pakar gastrointestinal yang berpegalaman dan telah memulakan Program GI Rapid Access di Hospital Besar Seremban selama 5 tahun. Para doktor daripada seluruh Malaysia dirujuk untuk mengikuti latihan di bawah seliaan beliau di hospital ini. Oleh itu kami berasa amat bertuah sekali mendapat beliau sebagai doktor kami.

Pengalaman pahit kami telah memberi ilham kepada ibu saya untuk mengadakan satu blog mengenai kanser perut, yang boleh dikongsi dengan orang ramai. Ia telah dimulakan dan akan disiapkan tidak lama lagi. Anda boleh melayari http://www.stomachcancer.blogspot.com. Kami akan cuba memberi pelbagai maklumat dari pelbagai sumber termasuk maklumat tambahan daripada rakan-rakan di seberang laut. Saya juga diberitahu ibu, bahawa Dr. Ramesh akan menubuhkan satu kumpulan sokongan untuk pesakit kanser perut.

Melalui pengalaman yang dilalui, menunjukkan ramai pesakit tidak tahu di mana untuk mendapatkan bantuan mengenai keadaan dan pemakanan yang perlu mereka patuhi. Dari segi nasihat pula, para doktor dan pakar pemakanan di negara ini tidak banyak dapat membantu. Oleh itu kami banyak bergantung kepada rakan-rakan dari luar negeri dan melalui tempoh percubaan sehingga dapat membuat perubahan kepada pemakanan beliau.

Saya amat terhutang budi dengan MAKNA di atas sokongan dan respons yang diberikan semasa saya menghadapi dilema ini. Kami amat menghargainya. Puan Goh, (sukarelawan MAKNA), terima kasih kerana menerangi hidup kami semasa kami menghadapi kegelapan. Setelah menjadi penderma setia MAKNA sejak beberapa tahun yang lalu kini saya benar-benar merasai bagaimana sumbangan saya dapat membantu mereka yang memerlukan.


Daughter Iris and mother Irene


Irene


Irene

Written by Iris

I have read numerous cases of people being afflicted by cancer but never thought in a million years that it would affect my family.

My mum is the unfortunate victim. She first detected something wrong when she experienced gastric pain in her abdomen half a year ago (end 2007). The general practitioner prescribed gastric medication but my mum insisted that it was not gastric since she had no history of it and was having meals, even tea breaks regularly. Her persistent pain made her go for a check up at GH. After normal treatment, she was still in pain, and only then was she was referred to a specialist at GH for an endoscopy.

The result showed a 2cm ulcer in her stomach and further tests concluded that it comprised aggressive cancer cells. The surgeon then wanted to perform a second endoscopy himself before deciding on surgery.

The following period was blur. Everything happened so quickly as surgery was scheduled almost immediately. My mother’s case was headed by Dr. Ramesh, a wonderful and caring surgeon. Dr. Ramesh is an experienced GI (Gastrointestinal) surgeon who started the GI Rapid Access Programme for the past 5 years in Seremban General Hospital. Doctors from all over Malaysia are referred here to undergo training under him. I guess we were lucky in that sense.

This ordeal has prompted my mum to create a blog on stomach cancer, to share with the world. She’s just started, and has yet to finish. Do log on at http://www.cancerstomach.blogspot.com. We try and furnish as much info as we can, most of which are from articles from various sources plus additional info from some friends overseas. I was also informed by my mum that Dr. Ramesh will be starting a support group for stomach cancer patients.

This ordeal has made me realise that most patients do not know where to look for help with regards to their condition and diet they should abide by. Even doctors/dieticians here are not able to advise much. We thus depended a great deal on friends overseas and through trial and error, we have managed to make adjustments to her diet.

I am grateful to MAKNA for their support and response to my dilemma. We really appreciate it even though the number of calls were nominal. Ms Goh, you are wonderful, thank you for being the silver lining in my time of darkness. I have been a regular donor of MAKNA for the last few years and now I know personally how my contribution has helped.

Note: To be in the support group team at Hospital Seremban, please contact Mr. Vemanna at vem@makna.org.my


Adm Login | Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links | Contact Us

Copyrights © 2006 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).