LIFE GOES ON - Saiful Asni Shamsudin
Ditulis oleh Ijlal Nadzir, Eksekutif MAKNA
Pada akhir bulan November tahun lalu, semasa lawatan saya ke negeri Kelantan, saya berkesempatan bertemu seorang pelajar yang berumur 22 tahun. Saiful Asni, adalah seorang pesakit Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL). Beliau disahkan mengidap ALL pada awal tahun 2005.
Saiful merupakan seorang pelajar Kejuruteraan Kimia di salah sebuah Universiti di Melaka. Sejak disahkan mengidap ALL, beliau menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) di Kelantan. Sepanjang tempoh pengajiannya, Saiful berulang-alik setiap bulan daripada Universitinya ke HUSM untuk mendapatkan rawatan. Saiful mendapat bantuan kewangan daripada MAKNA untuk membolehkan beliau berulang-alik ke hospital. Pertama kali saya bertemu dengan Saiful, adalah di wad HUSM di mana beliau sedang menunggu hasil ujian darahnya sebelum beliau memulakan rawatan kimoterapi. Pada masa itu juga, beliau baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester di hospital.
Pada bulan Mei 2008, sekali lagi, saya serta rakan-rakan melawat Saiful, kali ini di rumahnya. Keluarganya menyewa sebuah rumah di Tanah Merah, Kelantan. Ayah Saiful bekerja sebagai seorang pekerja am berpendapatan RM600 sebulan manakala ibunya adalah seorang suri rumah. Sungguhpun seorang suri rumah, ibunya cuba untuk membantu menambah pendapatan keluarga dengan mengambil upah menjahit. Saiful, yang merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik, menunjukkan semangat yang kental untuk melawan penyakitnya dan mengharungi jadual rawatan yang ketat dengan penuh tabah. Beliau juga merupakan seorang penerima Anugerah Dekan sebanyak 2 semester di Universiti. Pelajar tajaan MARA ini juga mengadu kepada kami bahawa para doktor yang merawatnya meminta beliau untuk berhenti menghadiri kelas buat sementara waktu, bagi menumpukan perhatian pada sesi rawatan kimoterapinya. Walaupun beliau diberi cuti sakit, namun kami boleh lihat beliau mencuri masa untuk mengulangkaji pelajaran dan membaca buku-buku berkaitan pelajarannya.
Saiful mengalami relapse sejak hujung tahun lepas. Beliau dijadualkan untuk dimasukkan ke wad bagi menjalani rawatan susulan kimoterapi seminggu selepas lawatan kami. Menurut kata doktor, Saiful perlu mengambil dos kemoterapi yang tinggi dan menjalani rawatan Pemindahan Sel Stem dalam masa yang terdekat bagi meningkatkan peluangnya untuk sembuh.
Sejak tiga bulan yang lepas, para doktor yang merawat Saiful telah menjalankan ujian darah ke atas adik-beradik Saiful untuk mencari pemadanan sel darah (HLA). Malangnya, sel darah adik beradik Saiful tidak padan dengan sel darahnya. Dengan itu doktor perlu mencari penderma sum-sum tulang yang sesuai atau sepadan dengan Saiful. Doktor beliau telah merujuk kepada Daftar Penderma Sum-Sum Malaysia (MMDR) yang mempunyai seramai 12,000 penderma sum-sum tulang. Kemungkinan untuk mendapat sum-sum tulang yang sesuai dengan Saiful adalah 1 dalam 20,000 orang penderma. Dengan ini pilihan untuk mencari sum-sum tulang yang sesuai dengan Saiful adalah terhad.
Oleh kerana penyakitnya, Saiful berisiko tinggi dan mudah untuk mendapat jangkitan dan beliau berkemungkinan tidak mampu untuk melawan penyakit.
Titik tolaknya, Saiful kini berada di hospital menjalani rawatan kimoterapi bagi mengurangkan sel kanser di dalam badannya. Doktor menaruh harapan dalam masa yang terdekat ini untuk menemui penderma sum-sum tulang yang sepadan daripada MMDR. Masa untuk Saiful dan keluarganya adalah singkat. Namun menjadi harapan kami dan doktor agar sum-sum tulang yang sepadan dapat ditemui. Kini hanya doa daripada kita semua mengharapkan agar Saiful sembuh dari penyakit kanser ini. Semoga beliau dapat kembali meneruskan pengajiannya di Universiti dan menjadi seorang insan yang berjaya.
Anda mampu membantu Saiful dan para pesakit lain. Saya dengan rasa rendah hati merayu anda menjadi salah seorang penderma sum-sum tulang. Mungkin dengan bantuan anda mampu memberi sinar harapan yang baru untuk Saiful.
Saiful Asni Shamsudin
Saiful with Makna Officers
Written by Ijlal Nadzir, MAKNA Executive
Last November, I had the opportunity to meet a 22 year old boy, Saiful Asni, who is suffering from Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL). He was diagnosed with ALL since 2005.
Saiful is reading Chemical Engineering at a university in Melaka. Since his diagnosis, he has been on Chemotherapy treatment at Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) in Kelantan. During term time, he travels on a monthly basis from his University to HUSM for treatment. MAKNA helps Saiful by providing him with Financial Assistance for him to commute to the hospital. I met Saiful for the first time at the ward in HUSM where he was waiting for his blood test results before starting his scheduled Chemotherapy treatment. He had just completed 3 semester exam papers at the hospital that day.
In May 2008, Zaini, Azhana and I visited Saiful, this time at his home. His family rents a run-down home in Tanah Merah, Kelantan. Saiful’s father works as a general worker earning an odd RM600 a month while his mother is a housewife. Even though a housewife, Saiful’s mother tries to help the family out by doing a little bit of tailoring. Being the eldest of 5 siblings, Saiful was in good spirits when we met him despite his rigorous treatment regime. This 2 semester Dean’s List MARA scholar was complaining to us that his doctors asked him to temporarily stop attending classes as he needs to concentrate on his treatment. Although being on prolonged Medical Leave, we could still see opened Fluid Mechanics books on the floor. This shows that he is very determined and serious about his studies. He has been fighting and will continue to fight the cancer.
Saiful is now in relapse since end of last year. He was scheduled to be admitted again for chemotherapy the week after we visited him. According to his doctors, his option for survival is through a high dose of Chemotherapy and an Allogenic Stem Cell Transplant.
Saiful’s doctors over the past 3 months have been testing his siblings to find a possible Human Leuckocyte Antigen (HLA) match. However, it was to no avail. His youngest sister who is in Standard 1 is too young to be a possible donor. His doctors have resorted to finding a match from the Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR) to look for an unrelated donor. With only 12,000 donors in the registry currently and the possibility of finding a possible HLA match is 1 in 20,000, Saiful’s option is slim.
Because of his disease, Saiful is at high risk of infection. If he catches an infection, his body might not be able to fight it. He was already in a 1 week coma in March due to an infection. Luckily, he pulled through.
At the point of writing, Saiful is in the hospital and is under chemotherapy to suppress his cancer. The doctors hope that this would buy him time to find a matched donor from the MMDR. Even though time is short for Saiful, he and his family are hopeful, his doctors are hopeful and we are hopeful. We can only try our best and pray that Saiful can be cured, he can go back to University to complete his studies and bring his family out of hardship.
You can make a difference and help Saiful Asni and many others like him. I humbly invite you to be a Stem Cell/Bone Marrow Donor. You can save Saiful’s life.