Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

4 May 2006
Majlis Penutup Kempen Satu Dan Lima Sen 2005

Terus Beramal: Sebahagian pelajar beramah mesra bersama tiga pesakit kanser, (dari kanan,) Nazathilah Mohd Najib; 7, Lau Pui Man; 12, dan Muhammad Nasyat Nasruddin; 8, pada majlis penutup Kempen Satu dan Lima Sen di SMK Cheras Bandar Tun Razak.

Pada majlis itu, Kementerian Pelajaran melalui wakilnya, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sekolah, Zais Mohd Akil menyerahkan cek bernilai RM467,463.55 kepada Makna.

Wang berkenaan adalah jumlah terkumpul yang diperoleh daripada Kempen Satu dan Lima Sen yang diadakan tahun lalu.

Kempen berkenaan diadakan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

Mohd Farid berkata, sebelum ini dua kempen berasingan iaitu 'Kempen Satu Sen' diadakan pada 2003 yang dapat menhumpul RM214,480.56 dan pada 2004, sebanyak RM119,990.75 dapat dikumpulkan.

"Jumlah keseluruhan yang dapat dikumpul oleh Makna melalui kempen ini selama tiga tahun adalah sebanyak RM801,934.86," katanya.

Beliau berkata, sejak penubuhan Makna pada 1995, seramai 98,765 kes kanser sudah dirawat di Institut Kanser Makna-Hospital University Kebangsaan Malaysia (IKM-HUKM).

"Makna turut menyediakan pelbagai jenis bantuan dan perkhidmatan bagi membantu pesakit kanser yang miskin dan tidak berkemampuan. Selain itu, Makna juga memperkenalkan program mikro kredit yang memberi pinjaman kepada pesakit kanser dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi pesakit dan keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata, kempen saringan kanser bergerak juga akan dilancarkan di seluruh negara tidak lama lagi bagi mengesan kanser dari awal.

Source by: Berita Harian


 

 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).