06 June 2008
NEC tunai tanggungjawab social
Antara wakil-wakil NGO yang hadir menerima cek masing-masing pada Program Tanggungjawab Sosial NEC Semiconductors Sdn Bhd di sini semalam.
Pertubuhan-pertubuhan yang menerima sumbangan berkenaan pada program berkenaan adalah Majlis Kanser Negara (MAKNA), Persatuan Penyayang Kuala Langat serta mangsa-mangsa yang terlibat dalam Taufan Nargis dan gempa bumi di China baru-baru ini.
BY NURUL FIRDAUS KHAIRI
Telok Panglima Garang
Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melengkapkan Program Tanggungjawab Sosial NEC Semiconductor Sdn Bhd di sini semalam.
Pertubuhan-pertubuhan yang menerima sumbangan berkenaan pada program berkenaan adalah Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Penyayang Kuala Langat serta mangsa-mangsa yang terlibat dalam Taufan Nargis dan gempa bumi di China baru-baru ini.
Pengarah Urusan, Hirofumi Mizuno berkata, pihaknya aktif mengadakan pelbagai program kemasyarakatan dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar.
“Kami mengumpul dana bagi membantu insan-insan yang memerlukan sebagai salah satu aktiviti kami di sini.
“Kami juga menggalakkan pekerja-pekerja di sini menyertai pelbagai program yang melibatkan masyarakat dalam usaha memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum di negara ini,” katanya pada majlis berkenaan.
Tambahnya, sumbangan MAKNA dalam memberi sokongan moral kepada pesakit-pesakit kanser turut menyuntik semangat kepada pihaknya membantu golongan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan warga kerja NEC serta kerjasama pihak-pihak yang menjayakan program yang bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik ini,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Urusan MAKNA, Vemanna Aptana, Pengerusi Penyayang Kuala Langat, Jimmy Tan, wakil Mercy Malaysia, Mohd Shahrudin dan wakil Star, Dharmender Singh yang mewakili China.
Source by: Sinar@Kuala Langat, 06 June, 2008