Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

7 February 2006
Program Mikrokredit Bantu Pesakit Kanser

Pulau Pinang 6 Feb. - Pesakit kanser dan keluarga mereka yang hilang pendapatan akibat penyakit tersebut tidak perlu gusar kerana Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Kanser Nasional (Makna) bersetuju mewujudkan program mikrokredit bagi membantu golongan itu meneruskan kehidupan.
Melalui program itu, pesakit dan keluarga mereka akan diberi kemudahan pinjaman tanpa faedah melalui sistem mudharabah atau perkongsian keuntungan untuk memulakan perniagaan bagi membantu mereka meneruskan kehudupan selepas rawatan.
Buat permulaan, Makna akan menyumbang RM200,000 untuk tabung mikrokredit itu manakala USM bertindak selaku pelaksana program berkenaan.
Memorandum persefahaman (MoU) megenai penubuhan program mikrokredit itu ditandatangani oleh Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin di sini hari ini.
Pada majlis itu, USM turut menandatangani empat lagi MoU iaitu dengan Jobstreet.com Sdn. Bhd., Pos Malaysia Berhad, Service Holding Berhad dan Yayasan Penang Free School.

Source by: Utusan Malaysia


 

 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).