Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

14 May 2008
Sokongan masyarakat bantu pesakit kanser

BANDA HILIR, 14 Mac - Sokongan moral serta material dari kalangan masyarakat adalah penting bagi membolehkan pesakit kanser mengharungi kehidupan mereka dengan lebih baik.

Menurut Mentor Persatuan Wanita dan Isteri Staf UTeM (Sri Kesidang), Datin Noor Khayatee Mohd Adnan, ini adalah penting kerana harapan untuk pulih tidak sahaja bersandarkan kepada semangat untuk menentang penyakit tersebut tetapi juga ikhtiar rawatan.

Katanya, walaupun terdapat beberapa kaedah penyembuhan penyakit kanser seperti pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan sebagainya, namun ianya memerlukan kos dan tidak semua pesakit kanser mampu menyediakan kewangan yang mencukupi.

"Sehubungan itu, sumbangan dalam bentuk kewangan dari pelbagai pihak, sama ada individu, agensi kerajaan, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan adalah amat diperlukan bagi membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung pesakit kanser," tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Malam Amal Sri Kesidang Bersama Makna (Majlis Kanser Nasional) di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Turut hadir termasuklah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Zurina Kassim; Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), yang juga merupakan isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Salleh; Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), DatukProf Ir Ismail Hassan; Pengurus Besar Makna, Farahida Datuk Mohd Farid dan lain-lain.

Majlis Malam Amal tersebut adalah bertujuan mengumpul dana untuk tabung Makna selain bagi meraikan kejayaan penganjuran Konvensyen Kesihatan Wanita yang telah diadakan di kampus industri UTeM di Taman Tasik Utama siang tadi.

Noor Khayatee berkata, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin dan penyayang maka adalah menjadi tanggungjawab bersama membantu mereka yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama atau bangsa.

Katanya, semangat saling membantu ini menjadikan Malaysia, bukan saja maju dari segi pembangunan ekonomi, tetapi juga dari aspek kemanusiaan.

"Sumbangan dari penderma membuktikan bahawa masyarakat Malaysia tidak mampu melihat penderitaan itu ditanggung oleh pesakit saja kerana kesakitan itu turut dirasai oleh semua.

Bantuan dari para dermawan akan memberi pengharapan untuk mereka terus hidup," tambah beliau.

Source by: http://www.melakahariini.com.my, March 14, 2008


 

 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).