Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

21 January 2003
Penyakit Kanser Bakal Jadi Pembunuh Utama

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Presiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Dato' Mohd Farid Ariffin berkata, penyakit kanser bakal menjadi pembunuh utama di negara ini selepas penyakit jantung dalam tempoh lima tahun lagi.

Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan bungkusan hadiah kepada pesakit kanser, Bayah Mamat sambil diperhatikan oleh Mohd Farid Ariffin (kanan). selepas perasmian Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan di HUKM, Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, ini berikutan peningkatan peratusan penyakit tersebut sebanyak lima hingga 10 peratus setiap tahun.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas sebanyak 45,000 penghidap kanser telah dikesan berbanding 37,000 pada tahun 1999.

"Jumlah penghidap penyakit ini semakin bertambah dari setahun ke setahun akibat amalan pemakanan, kehidupan dan aktiviti yang tidak sihat oleh masyarakat.

"Kebanyakan mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan ketika penyakit itu dalam peringkat yang terakhir dan sukar untuk diselamatkan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan di Institut Kanser MAKNA-Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini hari ini.

Upacara perasmiannya terlah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Penaung MAKNA.

Mengulas mengenai Institut Kanser MAKNA-HUKM yang terletak di pekarangan HUKM, Mohammad Farid berkata, ia ditubuhkan melalui satu memorandum persefahaman di antara MAKNA dan HUKM pada 19 April 1999.

Institut ini, katanya, memberi rawatan yang komprehensif kepada lebih 4,000 pesakit kanser yang dirujuk kepadanya oleh klinik dari seluruh negara.

Tambahnya, ia mempunyai dua wad iaitu wad onkologi pesakit lelaki dan wanita, serta satu wad pemindahan sum-sum tulang.

Katanya, Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan diambil nama sempena nama Almarhumah Tengku Ampuan Pahang.

Beliau berkata, pesakit yang berkemampuan dan mendapatkan rawatan di sini akan dikenakan bayaran nominal manakala yang tidak mampu, hanya perlu membayar setakat yang mampu atau tidak dikenakan bayaran langsung.

"Ini bermakna Makna terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membiayai rawatan mereka dan kos operasi sementara pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi.

"Sejak institut ini beroperasi, perbelanjaannya melebihi RM9.3 juta tetapi hasil yang diperoleh daripada pesakit hanya RM140,000," katanya.

Source by:


 

 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).