Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2010
2009
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

23 January 2007
USM Hasilkan Ubat Dari Kemuning Cina Bunuh Sel Kanser




PENEMUAN TERBARU... Prof. Madya Ishak Mat menunjukkan kuntuman bunga Kemuning Cina bersama ekstrak daripada bunga dan pokok itu yang dipercayai dapat membunuh sel kanser.
Foto: K.Ganeson


KEPALA BATAS, 23 Jan (Bernama) -- Pakar- pakar perubatan dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (IPPT-USM) di sini berjaya mencipta ubat dihasilkan dari bunga Kemuning Cina dipercayai dapat membunuh sel kanser.

Timbalan Pengarah IPPT (Perkhidmatan Klinik) Dr Narazah Mohd Yusoff berkata, kajian menunjukkan abstrak bunga Kemuning Cina mengandungi bahan-bahan yang boleh membunuh sel kanser.

"Kita di peringkat ujikaji terhadap binatang dan jika didapati berkesan, kita akan mencubanya kepada manusia sebagai satu lagi ubat yang boleh membunuh sel-sel kanser dalam tubuh manusia," kata beliau kepada pemberita hari Selasa.

Katanya, kajian khasiat bunga Kemuning Cina itu telah memasuki tahun ketiga dan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan IPPT Prof Madya Ishak Mat di bawah tajaan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan geran sebanyak RM300,000.

"Hasil kajian keberkesanan terhadap manusia dijangka mengambil masa lima tahun lagi dan jika berkesan, ia mampu dijadikan ubat pembunuh sel kanser untuk mengatasi kanser payudara," kata beliau.

Dr Narazah berkata, IPPT juga sedang menjalankan pelbagai kajian perubatan kanser dan setakat ini telah menerima 268 orang pesakit dan tiga daripada mereka disahkan menghidap kanser payudara.

"Kebanyakan pesakit itu kini ditempatkan di Hospital Kepala Batas dan mereka sedang diberi rawatan pakar oleh IPPT di hospital itu," kata beliau.

Terdahulu, Pengarah IPPT Dr Ramli Saad berkata, pihaknya mempelawa orang ramai yang mahu menjalani pemeriksaan kesihatan supaya datang ke pusat itu yang kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terbaru.

"Di sini kita memeriksa kesihatan dan menjalankan kajian penyakit serta mencipta ubat yang bersesuaian dengan penyakit itu dan ianya adalah percuma dan kita mempunyai tenaga-tenaga pakar perubatan tempatan dan asing," kata beliau.

IPPT yang kini terletak di bangunan sementara akan berpindah ke tapak miliknya sendiri seluas hampir 50 hektar di Bertam dengan kos keseluruhan temasuk pembinaan dan kelengkapan makmal, wad dan peralatan perubatan sebanyak RM958 juta.

Dr Ramli berkata, projek pembinaan keseluruhan bangunan itu dijangka siap pada tahun 2010 dan pusat itu mampu menjalankan 150 jenis penyelidikan, termasuk Onkologi, Kardiovaskular, Perubatan Integrasi, Penyakit Berjangkit, Sains Neuro, Sains Tingkahlaku, Imunalogi, Sains Oral, Perubatan Transtusi, Perubatan Nuklear, Toksikologi Klinikal dan Keracunan.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 80 peratus pelajar pasca siswazahnya adalah pelajar asing dan kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah.

"IPPT adalah sebuah pusat kajian perubatan yang terunggul di dunia kerana institut itu mempunyai tiga elemen iaitu mengkaji penyakit, mencipta ubat untuk penyakit dengan menjalani ujian klinikal dan merawat pesakit," kata beliau.

Katanya, menurut kajian pakar-pakar perubatan dunia, sebanyak 80 peratus dari bahan farmaseutikal asli di dunia berada di Malaysia dan Borneo.

-- BERNAMA

Source by: http://www.bernama.com.my, January 23, 2007


 

 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).