Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2010
2009
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

23 July 2005
Penyakit kanser pembunuh nombor satu menjelang 2020

KUALA LUMPUR 22 Julai - Penyakit kanser akan menjadi pembunuh nombor satu dunia menjelang 2020, sekali gus mengatasi HIV/AIDS.

Presiden Majlis Kanser Nasional (Makna), Datuk Mohd. Farid Ariffin berkata, berdasarkan kajian oleh Badan Kawalan Penyakit Kanser Antarabangsa (ICCB) di Perancis, lebih banyak mangsa di seluruh dunia akan mati akibat penyakit maut (kanser) itu.

Katanya, perkara itu menunjukkan bahawa kanser semakin serius berbanding HIV/AIDS kerana 10 tahun lepas ia menjadi pembunuh nombor lima berbanding penyakit-penyakit lain.

"Kemudian ia meningkat menjadi pembunuh nombor dua dan kini berpotensi menjadi pembunuh pertama.

"Di negara ini, kini satu daripada empat orang rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan kempen kesedaran mengenai penyakit kanser kolon (usus besar) anjuran Makna dengan kerjasama Vitagen.

Kata Mohd. Farid, pada masa ini, lebih ramai warga tempatan menjadi sasaran kanser kolon selepas kanser payu dara serta paru-paru.

"Sebanyak 7.8 peratus lelaki menghidap kanser kolon berbanding wanita hanya 5.6 peratus, manakala kaum Cina dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas menjadi mangsa utama kepada penyakit kanser (kolon) ini," katanya.

Menurutnya, tahap kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kanser terlalu rendah.

"Rakyat kita malas nak ambil tahu mengenai penyakit ini, mereka menyangkakan kanser tidak mudah menyerang, sikap ini menyebabkan ramai mendapat penyakit maut ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Farid berkata, Makna akan melancarkan kempen `Sen Menyelamatkan Nyawa' pada minggu kedua Ogos ini.

Katanya, di negara ini terdapat kira-kira 94 bilion kepingan duit syiling dari satu hingga 50 sen bernilai RM1.5 juta yang tidak digunakan.

"Kempen lima tahun ini berupaya mengumpulkan kira-kira 10 peratus dari 94 bilion duit syiling untuk membantu pesakit-pesakit kanser," katanya.

Source by: http://www.utusan.com.my, July 23, 2005


 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).