28 August 2005
Itik Plastik Disiap Sedia Untuk Perlumbaan Amal
Untuk perlumbaan. Seramai 300 kadet Akademi Tentera Malaysia (ATMA) mengambil bahagian menjayakan Hari Perlekatan Nombor Pada Itik di Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.

Program anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) itu adalah sempena Perlumbaan Itik Amal bertujuan mengumpul dana bagi pesakit-pesakit barah pada 4 September ini.
Dalam program itu, kumpulan anggota kadet itu membantu membasuh, mengelap dan kemudiannya melekatkan nombor pada 42,000 ekor itik plastik itu.
Itik-itik itu akan dilepaskan di Sungai Gombak di bawah jambatan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berakhir berhampiran Dataran Merdaka.
Itik pertama yand melepasi garisan penamat akan melayakkan pemilik sijilnya memenangi RM10,000 dan bonus RM1 just jika itik itu berwarna merah.
Source by: