29 August 2003
Makna Kumpul RM214,480
Kuala Lumpur: Sebanyak RM214,480.56 berjaya dikumpulkan Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi Kempen Satu Sen yang dijalankan pada Februari hingga April lalu di peringkat sekolah seluruh negara.
Kempen selama tiga bulan itu adalah anjuran bersama Makan dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan sikap prihatin di kalangan murid sekolah rendah terhadap penderitaan ditanggung pesakit barah.
Presiden Makna, Datuk Mohd Farid Ariffin, berkata menerusi kempen itu, murid hanya perlu mendermakan satu sen dalam simpanan mereka atau daripada ibu bapa dan keluarga.
"Tujuan kami adalah untuk mendorong murid membantu golongan kurang upaya dan memerlukan terutama pesakit barah yang memerlukan kos rawatan besar.
"Kos rawatan yang diperlukan oleh seorang pesakit barah adalah antara RM200,000 hingga RM500,000 dan atas dasar ini Makna berperanan membantu pesakit terutama kurang berkemampuan," katanya.
Source by: